PERKEMBANGAN SEJARAH KESUSASTERAAN TAMIL

PERKEMBANGAN SEJARAH KESUSASTERAAN TAMIL

Tuesday 18 August 2015


SEJARAH KESUSASTERAAN TAMIL


      Tamil merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

      Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

       Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal. Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.




SEJARAH

         Tamil ialah salah satu bahasa-bahasa kuno di dunia dengan sejarah yang menjangkau 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun. Asal-susl bahasa Tamil tidaklah berapa jelas, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera. Lebih 55% daripada catatan epigrafik di India ditemui dalam bahasa Tamil berbeza daripada di Karnataka dan Andhra Pradesh di mana catatan awal ditulis dalam bahasa Sanskrit, catatan awal di Tamil Nadu hanya menggunakan bahasa Tamil. Bahasa Tamil mempunyai sastera yang tertua di kalangan bahasa Dravidia, tetapi adalah sukar untuk mengukur usia bahasa dan sasteranya secara tepat. Karya sastera di India dipelihara sama ada pada manuskrip daun palma (menandakan salinan berulang-ulang) atau melalui penyampaian oral, mengakibatkan pentarikhan karya-karya tersebut mustahil. Namun begitu, catatan kronologi luaran dan bukti lingustik dalaman menunjukkan bahawa karya-karya paling lama yang masih wujud barangkali disusun lebih kurang antara abad ke-2 SM dan abad ke-10 Masihi.

               Pembuktian epigrafik bahasa Tamil bermula dengan catatan pada batu sejak abad ke-2 SM, ditulis dalam Tamil-Brahmi, iaitu bentuk adaptasi dari skrip Brahmi.Teks sastera paling lama yang masih wujud ialah Tolkāppiyam, sebuah karya puisi-pusisi dan nahu yang menerangkan bahasa zaman klasik, iaitu barangkali antara abad pertama SM dan abad ke-10 Masihi. Pra pengkaji bahasa Tamil membahagikan kesusasteraan dan bahasa Tamil kepada zaman-zaman berikut:

  • *      Sangam (300 SM—300 M)
  • *      Zaman pasca-Sangam (300—600 M)
  • *      Zaman Bhakthi (600—1200 M)
  • *      Zaman Pertengahan (1200—1800 M)
  • *      Zaman Moden (1800—kini)

            Kesusasteraan Sangam mengandungi kira-kira 50,000 baris puisi yang terkandung dalam 2381 puisi yang dihasilkan oleh 473 orang pemuisi termasuk ramai wanita. Kebanyakan puisi Sangam juga disesuaikan dengan iringan muzik. Ketika zaman pasca-Sangam, terhasilnya karya-karya penting seperti Thirukkural, serta puisi epik seperti Silappatikaram, Manimekalai, dan Sīvakacintāmani. Zaman Bhakthi dikenali kerana banyak mencurahkan lagu sembahyang diiringi dengan muzik pann, termasuk 9,295 lagu Tevaram mengenai Saivisme dan 4,000 lagu bagi Vaishnavism yang paling dikenali. Zaman pertengahan awal menyaksikan salah satu adaptasi bahasa Tamil yang masyhur bagi epik Ramayana, dikenali sebagai Kampa Ramayanam dan certia 63 Nayanmar yang dikenali sebagai Periyapuranam.

No comments:

Post a Comment